Isu mengenai undang-undang Islam termasuk Hudud mendapat pelbagai maklumbalas dari banyak pihak. Ada pihak yang menentang ianya diaplikasikan di negara kita dan tidak kurang juga yang bersetuju undang-undang Islam tersebut dilaksanakan. Setelah sekian lama isu mengenai Hukum Hudud ini dibangkitkan dan menjadi perbualan ramai, kini Brunei memberi respon terhadap undang-undang Islam yang bakal diimplikasikan secara menyeluruh.

Sultan Brunei telah bertitah untuk mengadakan satu akta yang akan mengikuti undang-undang yang telah digariskan di dalam Islam. Dalam erti kata lain, Brunei akan melaksanakan undang-undang Islam, khususnya melalui penubuhan Akta Jenayah Islam.  Sultan Brunei juga menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.


Video berkenaan titah Sultan Brunei mengenai Undang-undang Islam dikuatkuasakan di Brunei

Siapalah kita di hadapan Allah (SWT), untuk mengatakan ‘tidak atau tunggu’; sedangkan undang-undang (Islam)  bukan baru sahaja digubal, tetapi telah termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadis semenjak dari 1,400 tahun dan lebih lagi. ” kata Sultan Brunei.

Sumber : The Brunei Times






Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara

Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini