SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!
TEMUDUGA TERBUKA : Buat Semua Manusia
MESEJ : Sebagai Calon Jenazah
KEKOSONGAN JAWATAN :
- Ahli Syurga Dari Awal.
- Ahli Neraka Dari Awal.
- Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan 1) :
- Nikmat kubur.
- Perlindungan di Padang Mahsyar.
- Keselamatan Meniti Titian Sirat.
- Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :
- Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA :
- Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
- Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
- Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
- Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA :
- Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR :
- Siapa Tuhan anda?
- Apa Agama anda?
- Siapa Nabi anda?
- Apa Kitab anda?
- Di mana Kiblat anda?
- Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
- Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA INI :
- Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
- Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
” Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya’Allah..
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya”.
Sumber : Halaqah.net
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a’lam. Semoga kita berjaya dalam temuduga ini.
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 31 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini



19 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
anif says:
Jan 17, 2012
Walaupun sinis kesannya mendalam… Terima kasih kerana mengingatkan.
anif recently posted..Iklan Petronas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012 – "Coming Home"
MR.Z says:
Jan 19, 2012
sama-sama, semoga kita berjaya dalam temuduga itu..
akubiomed says:
Jan 18, 2012
Terima kasih keatas peringatan tersebut.

akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Warganegara bertanggungjawab
shraqs says:
Jan 18, 2012
Tajam! Tajam! Termatlah tajam… BTW TQ so much…
shraqs recently posted..Jadikan Email Anda Menarik Dengan BrandMyMail
suri says:
Jan 18, 2012
jawatan yg menarik.semua harus siap sedia
suri says:
Jan 18, 2012
mandi jenazah bukan satu okra mudah kata ayah suri. byk hati dlam kena jaga..bukan blh ckp besar sabarangan.. perit mendar laungan dlm kubur klu kita tahu tak semua org mendegarnya…
MR.Z says:
Jan 19, 2012
betul kata suri, bukan kerja yang mudah, kena ada ilmu secukupnya untuk persiapan jenazah..
titan says:
Jan 19, 2012
errr…aku salah seorang calonnya..
titan recently posted..Jual air jus buah, dapat RM500 sehari.
hatiputera says:
Jan 19, 2012
nampak macam main-main tapi penuh dengan peringatan,,terima kasih kerana mengingatkan
hatiputera recently posted..TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus Dibela
AyieBlog says:
Jan 19, 2012
Assalamualaikum, satu info dan sumber menarik dikongsikan izin, aku share dengan ore lain brother …
..
AyieBlog recently posted..Diantara Nasihat Sayyidina Ali Bin Abi Talib
ohcikgu says:
Jan 21, 2012
ha..bolehlah tempah batu nisan dulu ye..hehe..
ohcikgu recently posted..Raja Lawak 6 – Minggu Kedua atau Kedah vs Kelantan?
Wan Gerrard says:
Jan 22, 2012
cool..sama-sama kita ambil muhasabah diri

Wan Gerrard recently posted..Gambar lawak protest SOPA & PIPA
kulanz says:
Jan 22, 2012
Speechless…
sinis tapi menyedarkan..
kulanz recently posted..World Bloggers & Social Media Awards 2012
Pejuang Kesenian Extreme says:
Jan 24, 2012
Entri ini sangat menarik bro..Walaupun agak sinis..Akan dijadikan perkongsian sahabat-sahabat yang lain..=)
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Chacarron Macarron – Lagu Yang Paling Bangang Di Abad Yang Ke 21
fiezaradzi says:
Jan 25, 2012
mudah-mudahan kita berjaya dengan sebaiknya.. ameen.. tima kasih atas ingatan ni.. sangat bagus utk semua..
fiezaradzi recently posted..Wordless Wednesday #9
adamfaiz says:
Jan 25, 2012
Ingat mati kerana ia PASTI!
adamfaiz recently posted..Tak Ayu Perempuan Camtu
NikThoha says:
Jan 26, 2012
Salam. kita yang masih hidup ini pasti akan merasai mati. Sama-sama kita membuat persediaan sebelum mati datang menjemput kita. Jangan menyesal sebelum terlambat.

NikThoha recently posted..Guna Facebook Untuk Kebaikan
Nine says:
Jan 28, 2012
Salam bro Z…insaf.
mancai says:
Jan 30, 2012
tegak bulu roma ni…
mancai recently posted..Inovasi dalam kepimpinan