Sejak akhir-akhir ini, model Galaxy SII keluaran Samsung semakin laris bak goreng pisang panas di pasaran. Ianya mungkin disebabkan dengan spesifikasi telefon tersebut yang menarik dan bentuknya yang agak nipis. Telefon pintar ini telah memenangi anugerah Mobile Choice Consumer Award 2011 dan juga Smartphone Award 2011. Oleh itu, pada artikel kali ini, saya ingin memberi sedikit panduan dan ulasan kepada pembaca di luar sana sekiranya berhajat ingin mendapatkan model ini. Jadi apa yang anda perlu tahu sebelum membeli model telefon pintar ini?

Spesifikasi

Ada sesetengah pengguna akan merasa pelik apabila jumlah kapasiti dalaman berkurang, tidak seperti yang dinyatakan iaitu sebanyak 16GB/32GB. Jangan khuatir, ini disebabkan terdapat fail-fail sistem dan aplikasi yang telah dimasukkan ke dalam telefon anda yang menyebabkan ianya berkurang. Saya melihat di telefon saya, kapasiti storan data telah berkurang sebanyak 4GB dan dan hanya tinggal 12GB untuk pengisian aplikasi dan fail-fail media yang lain. Galaxy S2 mempunyai RAM sebanyak 1GB tetapi anda mungkin akan melihat RAM yang dipaparkan tidak sampai 1GB. Ini disebabkan terdapat jumlah RAM yang diambil untuk penggunaan GPU (Graphic Processing Unit).

Versi G dan Non-G

Perbezaan keputusan hasil dari benchmark. Dapat dilihat, CPU versi I9100G kurang dari versi I9100

Perkara ini yang selalu pembeli terlepas pandang ketika membeli model ini. Kenapa? Ramai tidak mengetahui bahawa di Malaysia, model ini mempunyai 2 versi iaitu versi I9100 dan I9100G. Nampaknya pihak Samsung tidak memberitahu secara umum bahawa terdapat 2 versi model ini. Terdapat perbezaan di antara kedua-dua versi model Galaxy SII ini.

GT-I9100 GT-I9100G
1.2Ghz dual core Exynox 4210. 1.2Ghz dual core TI OMAP4430.
Overheat easily. Doesn’t overheat easily.
Poor battery life. (Fixed with Android 2.3.5) Better battery life.
Fully run at 1.2 GHz CPU. CPU capped at 1008 MHz.
So far no apps/ games compatibility issue reported. Might have more apps/ games compatibility issue.Some games developed for GT-I9100 like Asphalt 6 can’t be launch on it.
Better 3D performance. Poorer 3D performance.
Anti-Aliasing (4xAA and 16xAA) support with Chainfire3D Pro. Not supported.
Lot of custom firmware, kernel, modification, tweaks. Not much custom firmware / modification.
Normal text font in PAPAGO Very small fonts size in PAPAGO
Perform better and less lag while browsing the Internet and score better when opening apps/multi tasking. Might feel lag when opening up too many app compare to GT-I9100 model.

Perbezaan di antara kedua-dua versi Samsung Galaxy SII

Perbezaan paparan model ketika boot (proses sebelum memasuki paparan interaksi pengguna)

Nasihat saya : Terpulang pada anda, ramai mengesyorkan versi I9100 kerana spesifikasi lebih mantap. Walaubagaimanapun, sekiranya anda hanya pengguna biasa, bukan jenis yang suka tweak (overclock, mod custom ROM/Firmware) dan hardcore gamer maka versi G sudah memadai kerana penurunan prestasi hampir tidak dirasai bagi pengguna biasa. Prestasi masih lagi mantap. Perlu diingatkan, sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan versi non-G kerana rata-rata kedai sekarang ini hanya menjual versi G. 

Warranty

Standard warranty yang diberikan kepada pengguna sekiranya anda membeli set original adalah selama 1 tahun. Tetapi! Jika anda bernasib baik, ada sesetengah kedai telah menjadi SEP (Samsung Elite Partner) dan berkemungkinan menawarkan warranty selama 2 tahun. Lebih berbaloi bukan? :D

Sepatutnya, penjual akan mendaftarkan warranty melalui e-warranty untuk anda dan anda akan mendapat SMS menyatakan warranty telefon anda telah didaftarkan dan jangka masa warranty anda. Anda juga  boleh memeriksa jangka masa warranty anda dengan menaip PC<space>IMEI dan hantar ke 62002.

Harga

Apa yang dapat dilihat, harga model tersebut juga makin turun saban hari disebabkan Samsung dan juga syarikat pengeluar lain akan melancarkan model telefon pintar terbaru seperti Galaxy Note,Nexus dan lain-lain lagi. Apa yang saya lihat setelah saya survey beberapa tempat dan juga di laman forum, model ini dapat dibeli oleh anda dengan harga RM15XX bagi set AP (Approval Product) manakala RM16XX bagi set Original Samsung. (8 Nov 2011)

Nasihat saya : Jika beza harga Original dengan AP set hanya dalam RM100-RM200, lebih berbaloi membeli barang set Original Sekiranya anda membeli AP set, kemungkinan besar anda akan berdepan masalah sekiranya berlaku kerosakan ke atas telefon anda dan ingin menghantar ke kedai untuk proses membaikpulih. Banyak kes-kes yang telah dilaporkan pengguna setelah membeli barang set AP ini.

Komen Saya : 

Setakat ini, saya berpuas hati menggunakan model Samsung Galaxy S2 ini. Tidak pernah lagi saya merasa lag ketika navigasi ke menu dan juga bermain permainan di dalam telefon ini. Cuma apa yang kurang bagi saya, kualiti bunyi agak menghampakan berbanding Nokia 5800 XM saya terdahulu. Bateri juga agak cepat habis tetapi ini di antara lumrah bagi telefon pintar. Sekiranya saya hanya sms, melihat video, mendengar musik dengan kadar penggunaan tidak begitu kerap, bateri boleh tahan lebih kurang 1 hari setengah. Saya menggunakan versi non-G.

Apabila menggunakan terlalu lama contohnya selama 1 jam seperti bermain permainan dan melayari internet, kepanasan nyata dirasai. Kualiti ketika mengambil gambar dan merakam video (kualiti HD) memang terbaik bagi saya. Gambar dan video yang diambil lebih menyerlah. Terdapat beberapa video kualiti HD yang telah saya convert untuk masuk ke dalam telefon dan tidak dinafikan, telefon ini dapat memainkan video dengan baik. Bentuknya yang ringan dan agak nipis membuatkan saya tidak merasa berat ingin membawa ke mana-mana.

Itulah di antara serba sedikit ulasan dan juga panduan oleh saya kepada anda yang berminat dengan telefon pintar ini. Diharapkan sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu anda ketika membeli model ini.

Terima kasih kepada Eddy Geek kerana telah banyak memberi informasi berguna kepada saya sepanjang penggunaan telefon pintar platform android ini. :)

Sumber : 10division






Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 31 post(s) on AkuPenglipurlara

Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini