Baru-baru ini, alhamdulillah telah berlangsung acara sambutan tahun baru 2012 bersama beberapa orang ustaz dan juga selebriti di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Acara ini dinamakan “Countdown 2012″ dan juga dalam masa yang sama mengadakan Kempen Anti Zina. Antara ahli-ahli jemputan utama pada majlis ini tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Azhar Idrus termasuklah Ustaz Syed Nurhisham, Zizan Raja Lawak, Dakmie, Akhill Hay, Sham Kamikaze, Shahir AF dan Imam Muda Ashraff. Ramai pengunjung berpusu-pusu menghadiri kempen tersebut. Seringkali kita melihat apabila sambutan tahun baru diadakan, sambutan yang dilakukan ada diantaranya yang akhirnya hanya membawa kepada maksiat dan zina. Memang bagus diadakan upacara sambutan 2012 sebegini sekaligus bagi mengajak umat Islam khususnya golongan muda bersama-sama menyertai kempen anti zina ini. Terdapat pelbagai pengisian menarik dan berfaedah sepanjang kempen ini berlangsung.
Ustaz Azhar Idrus bergurau senda bersama Zizan Raja Lawak
Ustaz Azhar Idrus senyum melihat gelagat Zizan Raja Lawak
Sham Kamikaze bersama gitarnya menghiburkan pengunjung yang hadir
Shahir AF mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Ustaz Akhill Hayy di atas pentas bersama seorang pengunjung di sana
Seramai hampir 80,000+ pengunjung membanjiri Dataran Shah Alam
Solat berjemaah bersama-sama pengunjung yang hadir
Detik Countdown 2012 disambut dengan bacaan Doa dan Asma Ul Husna disusuli dengan takbir!
Semoga diperbanyakkan lagi majlis-majlis ilmu lebih-lebih lagi berkaitan agama Islam ini. Di kesempatan ini juga sempena tahun baru, pihak admin ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca-pembaca blog ini. Diharapkan tahun baru ini hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Diharapkan juga tahun baru ini membawa sinar baru dalam hidup kita, memperbaharui diri kita ke arah yang lebih baik lagi. InsyaAllah.
P/S : Sayang sekali admin tidak dapat menghadiri majlis tersebut, hanya dapat melihat melalui video live streaming dari rumah.
Sumber gambar : FB Ustaz Azhar Idrus (Original), FB Jom Gi Kuliah, Jkkk Fan Club dan Rmanphotography.
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 31 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini










35 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
nurmisnan says:
Jan 1, 2012
Alhamdulillah… sambutan beginilah yang bagus untuk kita kejari.
Aku kalau ada di shah alam pun ingin juger turut serta.
Paling seronok tahun pembukaan 2012 di sertakan dgn doa, Zikir Allah
dan takbir.. itu yg terbaek..
nurmisnan recently posted..Hobi riadah 2012
MR.Z says:
Jan 3, 2012
betul tu, jika dekat, sudah lama saya pergi..
zulkbo says:
Jan 2, 2012
salam..
satu kelainan yang positif..
golongan muda memang suka hiburan
tapi tanpa panduan hidup mereka
mudah terpesong..satu cara yang
baik telah di tunjukkan di sini
tahniah buat penganjur..
heran..tak masuk tv pula ye..?
zulkbo recently posted..2011 Kau Ku Tinggalkan : Selamat Datang 2012
MR.Z says:
Jan 3, 2012
waalaikumussalam…
cara pendekatan yang berkesan kepada anak muda..
sy pun pelik juga tidak masuk tv, sy hanya dapat live streaming lihat dari internet.
ayie says:
Jan 2, 2012
alhamdulillah rakyat telah sedar dan dapat menilai mana yang buruk dan mana yang baik,,,perkara camni patut diteruskan,,,
MR.Z says:
Jan 3, 2012
memang patut diadakan pelbagai lagi majlis ilmu sebegini..
hafidz says:
Jan 2, 2012
tak sangka ustaz mahir dalam bermain gitar =)
hafidz recently posted..2012, Bersediakah Kita?
MR.Z says:
Jan 3, 2012
macam-macam ustaz tahu, photography lagi
khae says:
Jan 2, 2012
begina rupanya islam di akhir zaman . subhanallah
Izwan says:
Jan 3, 2012
beza dengan di dataran merdeka untuk program yang aku pergi,masih lagi sekadar suka2 dan penat.. golongan2 muda perlu diselamatkan utk masa depan kita nanti..
tapi,program macam ni ada juga yang jadikan isu untuk dipolitikkan..
akubiomed says:
Jan 3, 2012
Bagus aktiviti sebegini dianjurkan ketika menyambut tahun baeu 2012.
akubiomed recently posted..Yang menanti di tahun 2012
anif says:
Jan 5, 2012
Memang bagus aktiviti sebegini dibuat. Memberikan alternatif kepada rakyat.
anif recently posted..10 Tips Hebat Untuk Dikongsi Bersama
ohcikgu says:
Jan 3, 2012
wahh..heboh dah pasal ustaz azhar nih. ada zizan lagi tuu..
ohcikgu recently posted..Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.
dnoBiz says:
Jan 4, 2012
Antara majlsi sambutan tahun baru terbaik dalam sejarah Malaysia..
dnoBiz recently posted..Mangsa Fitnah – Nur Amalina Mangsa Fitnah..??
fiezaradzi says:
Jan 4, 2012
majlis yg baik, adalah baik utk dihebah dan dihadiri.. moga terus mendapat tempat di hati remaja skg ni..
harap2 lau program agama ni, fahaman politik diketepikan..
fiezaradzi recently posted..Anak Oh Anak..
syed m zaidi says:
Jan 4, 2012
salam,dunia dah akhir zaman, kalau perbanyak kan program2 agama kan bagus
supaya anak2 muda kita berubah kearah keredaan allah taala,berhati hati sebab kehebatan dan kenikmatan dunia tidak akan menjamin kita ke syurga,kerana kita hanya ada dua pilihan saja, satu jalan ke syurga dan satu lagi ke neraka jadi pilih lah jalan mana yang kita mahu tujui..
MR.Z says:
Jan 18, 2012
betul kata anda, perlu diperbanyakkan lagi program sebegini khususnya untuk menarik anak muda yang ada di kalangannya telah tersasar jauh.
titan says:
Jan 4, 2012
hehe..aku dah makin suka layan video ceramah dia.

titan recently posted..Pipi kacak kena lempang..
lazaac says:
Jan 4, 2012
aku layan jer video ni… mmg terhibur… dgn lagat bersahaja ustaz, makin ramai yg minat..
lazaac recently posted..Says.My | Says.Com/My ~ News:Remix Sudah Boleh Diakses
levelsatu says:
Jan 5, 2012
hoho..ramai benar peminat ustaz azhar sekarang..
aida says:
Jan 5, 2012
sedanyer gi sana.
Dulu Lain Sekarang Lain says:
Jan 5, 2012
idea yg baik…

better dari letup2 bunga api
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Sindrom Salahkan Orang Lain
Perniagaan Internet says:
Jan 5, 2012
Terbaik! Kalau dekat dah pergi ni…. tgk Youtube pun dah best!

Perniagaan Internet recently posted..Blogger Hina Ustaz Azhar Idrus?-Tanganinya dengan Matang!
Fizz says:
Jan 6, 2012
Amat bangga dengan aktiviti sebegini sebab ia menyebarkan fahaman bahawa islam bukan anti-hiburan. bukan tak boleh sambut tahun baru masihi, tapi kena la ada etika sebagai seorang islam. em, kalau dapat pergi ni memang best. harap tahun buat lagi.
Fizz recently posted..Pusaran Air ‘Naruto’ Di Jepun Menjadi Tumpuan Ramai
MR.Z says:
Jan 18, 2012
inshaallah, akan ada rezeki berkunjung ke majlis ilmu sebegitu juga nanti
Mirul says:
Jan 7, 2012
Sangat iagum dengan kehadiran pemuda di majlis ilmu ini. Hiburan juga yang dapat menarik mereka. Selingan majlis ilmu macam ni harap2 memberi kesan mendalam kepada pemuda.
Mirul recently posted..Tips Penting Memulakan Perniagaan Internet
sayacomel says:
Jan 7, 2012
hemm..suker dia ceramah dia. beshhh!
sayacomel recently posted..Comel Serius – Steve and Bill
kulanz says:
Jan 7, 2012
Satu perubahan yang baik.. boleh diteruskan acara macam ni..
akupun dah tonton beberapa video kuliyah Ust Azhar Idrus.. cara penyampaian dia memang menarik… tak heran ramai yang suka Ust Azhar
kulanz recently posted..Gerakan Bebas Anwar 901
Fyzal says:
Jan 7, 2012
Dataran shah alam tu sekangkang kera je dr rumah aku. tp sebab ada halangan lain, tak dapat nk join. by the way. it was a good event.
Fyzal recently posted..Blog: "Bloggers" Diperlukan
acapz says:
Jan 9, 2012
ruginye aku xpergi. padahl aritu aku makan2 ngn family dh kat shah alam. ishhh3333. aritu kat masjid bngi pn terlpas. nk sngt dngr ceramah die dekat2. huhu
acapz recently posted..Konsep Menarik Windows Phone 7 Dengan Meego
MR.Z says:
Jan 18, 2012
takpa, nanti ada ceramah ustaz lagi, boleh la pergi, tengok UAI banyak buat ceramah di selangor
suri says:
Jan 14, 2012
EH cam best jer.asal z tak bgi thu suri blh gak turun bawk ank sedar sepupu sepapat hii..
MR.Z says:
Jan 18, 2012
tak teringat pula pasal suri duduk dekat di sana..
suri says:
Jan 14, 2012
tak sangka begitu ramai pengikut dia.cayalah heee
shafaric says:
Jan 17, 2012
Fenomena baru yang amat membahagiakan … Semoga semua orang yang menghadiri majlis ini menerima rahmat dari Allah.
shafaric recently posted..Koleksi Maira Tudung Corak Terbaru (Saiz L) – (12.1.2012)