Malaysia dikejutkan dengan kepopularan seorang anak Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli yang baru-baru ini telah melayakkan dirinya untuk memasuki kelab gergasi Manchester United. Siapa tidak kenal dengan kelab tersebut yang mempunyai ramai pemain-pemain bola sepak yang terkenal dan berkaliber. Bagi anda yang masih belum melihat atau ingin melihat pemain Malaysia bernama Ramli yang menyarung jersi Manchester United bernombor 19 itu, sila lihat video di bawah ini.
Kami juga sempat menemubual pemain tersebut ketika beliau sedang dalam sesi latihan di Trafford Training Centre.
APL : Apa perasaan anda apabila berjaya melayakkan diri ke kelab gergasi ini?
Ramli MU : Saya berasa amat terkejut apabila saya akhirnya melepasi kesemua peringkat saringan yang dilakukan oleh mereka (MU). Akhirnya hasrat saya untuk ke MU tercapai. Terharu sangat!
APL : Apa kata-kata yang ingin disampaikan kepada orang di sana (Malaysia)?
Ramli MU : Saya harap abah saya dapat melihat saya di sini. Saya ingin buktikan kepada abah saya bahawa saya juga boleh berjaya seperti orang-orang lain. Saya sayang abah saya! Diharapkan juga rakyat Malaysia dapat membuktikan kepada dunia luar bahawa kita juga boleh berjaya di persada dunia!
Begitulah serba sedikit temuramah yang dilakukan kepada pemain MU tersebut. Diharapkan Ramli dapat mendukung tugasnya dengan baik di sana. Di samping itu, akhbar Metro juga sebelum ini turut melaporkan berita mengenai pemain yang kian melonjak naik ini. Helaian di bahagian sukan memaparkan Ramli yang kini bersama Safee Sali kian serasi bersama. Banyak perkara positif dapat dilihat dari pemain Manchester United itu.
Ha! Itu adalah di antara sorotan iklan di televisyen yang telah dibuat oleh TM selaku Manchester United partnership. Banyak maksud tersurat dan tersirat di sebalik iklan tersebut. Semoga ianya menjadi sebagai pendokong semangat bagi rakyat Malaysia untuk terus maju dalam memartabatkan negara kita, Malaysia.
Inikah gerangan pemain MU yang bernama Ramli itu?
- Halaman akhbar Metro yang dipaparkan hanya sekadar hiasan dan tidak benar. Temuramah hanyalah rekaan semata-mata. Kredit gambar halaman Metro tidak diketahui.
Sumber gambar Ramli : DZMS
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini



48 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
anif says:
Sep 26, 2011
Diharap satu hari nanti akan ada beberapa “Ramli” yang bermain di EPL

anif recently posted..Running In – Melonggarkan Sendi-sendi Enjin
MR.Z says:
Sep 26, 2011
harap-harap lah ye. mesti boleh jika kita usaha..
Pejuang Kesenian Extreme says:
Sep 26, 2011
Entri ni baik bro..Gua suka..
hahaha..Troll lalalala…
haha
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Free Studio : 1 Perisian Gempak Yang Perlu Ada Dalam Pc Anda
MR.Z says:
Sep 26, 2011
thanks bro.. gurauan hari isnin..
Izwan says:
Sep 26, 2011
baru jumpa gambar ni kat Fb semalam..hahaa
Izwan recently posted..Tip Mengekalkan Trafik Konsisten Di Blog
MR.Z says:
Sep 26, 2011
tidak tahu owner gambar tu, itu yang tidak tahu nak bagi kredit pada siapa.. jumpa di forum lowyat..
EddyGeek says:
Sep 26, 2011
20 gol dalam 5 perlawanan. memang kasi sumbat ni. lol
EddyGeek recently posted..#Aplikasi Urus Data Peranti Android Di Desktop Dengan MobileGo
MR.Z says:
Sep 26, 2011
memang pesta gol la mereka.. haha
Jawatan Kosong Terkini says:
Sep 26, 2011
wkwkwkw… nampak macam benar la..
MR.Z says:
Sep 28, 2011
paper Metro tu nampak macam benar ye tak.. hehe
Dulu Lain Sekarang Lain says:
Sep 26, 2011
He he terbaik! Go Ramli Go…. semoga jadi kenyataan gitew…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Rise Of The Samurai
MR.Z says:
Sep 28, 2011
harap-harap la boleh jadi kenyataan ye…
Cik Shinju says:
Sep 26, 2011
Hahaha…^LOL^
Harap2 jadi kenyataan suatu hari nt…
MR.Z says:
Sep 28, 2011
insyaAllah
puanbee says:
Sep 26, 2011
Ramli ni org tk kenal pun tapi dah kesana kan , dr yg duk org gossip2 sampai putus tunang lah tp tak kemana pun hehehe ..bagus ramli ni diam2 berisi..
juanita says:
Sep 27, 2011
Setuju la bee..
Focus depa kuatt
MR.Z says:
Sep 28, 2011
jika terkenal hanya disebabkan gosip, memang tiada apa nak dibanggakan la..
woot woot says:
Sep 26, 2011
rooney pergi kelantan -epic.haha
woot woot recently posted..Akhbar Utusan Menyindir Agama Buat Kali Ke-2 ?
MR.Z says:
Sep 28, 2011
kalau betul la kan..
hafizmd says:
Oct 14, 2011
mintak rooney bawak sekali di ferdinand..mmg mantap habis…
zik says:
Sep 26, 2011
berbulu jer rooney tuh… kalau dia tahu lah..hehe
zik recently posted..Kablonet
MR.Z says:
Sep 28, 2011
mau sakit hati rooney tu nanti.. hehe
titan says:
Sep 27, 2011
hehe..pandai diorang buat promosi. Ramli gak dapat nama. hehe..
titan recently posted..Penulis blog Professional di Malaysia
MR.Z says:
Sep 28, 2011
hanya dengan satu iklan saja boleh buatkan si Ramli itu sudah popular
fiezaradzi says:
Sep 27, 2011
ramli tu saper ek? ramli burger ek? hehe.. tapi harap2 iklan tu dpt membangkitkan semangat pemain bola spya terus maju..moga berjaya..
fiezaradzi recently posted..Pemergianmu Kami Redha
MR.Z says:
Sep 28, 2011
semangat untuk memartabatkan dunia bola sepak Malaysia ke peringkat dunia
ohcikgu says:
Sep 27, 2011
hehe..safee dan ramli. cantek namanya.
dnoBiz says:
Sep 27, 2011
indahnya dunia kalau ini jadimkenyataan.. gabungan penyerang dari Malaysia
dnoBiz recently posted..Petua Untuk Lelaki – Lelaki awas 5 petunjuk ini
Wan Perlis says:
Sep 27, 2011
haha
tapi yg pakai jc no19 welbek
MR.Z says:
Sep 28, 2011
jika dia tengok la mesti rasa pelik.. haha
dnoBiz says:
Sep 27, 2011
Aku tak sabar nak tunggu kemunculan sebenar si Ramli atau apa sajanamanya asalkan dia rakyat Malaysia
dnoBiz recently posted..Bahaya Wanita Cantik – Wanita cantik hanya tambah stres
MR.Z says:
Sep 28, 2011
walaupun Ramli sudah popular tapi kita masih tidak tahu siapa gerangan Ramli itu..
akubiomed says:
Sep 28, 2011
Menjadi impian pemain Malaysia dapat bermain di EPL tetapi ia bergantung kepada rangking skuad kebangsaan walaupun ada pemain berkemahiran tinggi
akubiomed recently posted..Cabaran Blogger | Konda Kondi pt.2
MR.Z says:
Sep 28, 2011
sedih melihat pemain Malaysia yang berkemampuan dan berkelayakan tetapi tidak dapat pergi ke sana atas sebab ranking dan lain-lain..
tehr says:
Sep 28, 2011
tak sangka aku
mahu juga si rooney bermain dengan kelantan
huhu
tehr recently posted..Suku Akhir Piala Malaysia 2011
MR.Z says:
Sep 28, 2011
boleh popular team Kelantan nanti.. menjadi tumpuan..
Pacifista says:
Sep 28, 2011
sebaris dengan rooney dan nani tu.nak jugak nama huruf R.nanti boleh sama dengan rooney.hehe…

Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista
MR.Z says:
Oct 1, 2011
semua pakat nak letak nama depan huruf R lepas ni.. hehe
Khidhir says:
Sep 30, 2011
rajin dorang wat bende2 camni semua. takpe2. sumber inspirasi..
Khidhir recently posted..Handphone Android Murah
MR.Z says:
Oct 1, 2011
mereka buat itu kadang-kadang ada kepentingan untuk mereka juga tu
Mama Murai says:
Oct 1, 2011
Kreatif betullah yang buat gambar kat atas tu, sakit perut saya ketawa sorang-sorang kat sini.
Mama Murai recently posted..Kenaikan gaji kakitangan awam
MR.Z says:
Oct 7, 2011
lucu juga kan keratan akhbar Metro yang diolah
azli.afzainizam says:
Oct 1, 2011
Yupppp harap akan ramai lagi lahir Ramli bertaraf dunia…. maju sukan untuk negara….
Tak mustahil lahhh…. kalau betul terjadi…
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda
ahmad kamil md adzni says:
Oct 1, 2011
Safee sali pun x feymes mcm ramli….
RAMLIIIIIIIII!!!! hahaha
mamat says:
Oct 10, 2011
popular ramli ni…hebat la dia sebab dapat pergi sana
mamat recently posted..235,952 Visitor,550,101 Pageview Untuk Bulan September
business review says:
Oct 12, 2011
DUA pemain kebangsaan serta seorang jurulatih bakal menikmati pengalaman menyertai sesi latihan pasukan juara Liga Perdana England Manchester United..Program tersebut akan dibawakan khas oleh penaja baru skuad bola sepak kebangsaan Telekom Malaysia Berhad TM yang juga merupakan antara rakan penaja United..Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Datuk Seri Zam zamzairani Mohd Isa berkata ia adalah satu peluang keemasan yang pastinya tidak boleh dilepaskan oleh para pemain kebangsaan.. Kita akan hantar dua pemain kebangsaan dan seorang jurulatih untuk sesi latihan tersebut sama ada di Manchester atau Dubai Emiriyah Arab Bersatu UAE iaitu pada musim depan. Hanya untuk para pemain merasai pengalaman berlatih bersama skuad United.. Tentang pemain terpilih kita akan bincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM katanya di Wisma FAM Kelana Jaya semalam selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan skuad kebangsaan oleh TM..Turut hadir Pengerusi TM Datuk Dr Halim Shafie serta Naib Presiden FAM yang juga pengurus skuad kebangsaan Datuk Subahan Kamal..Selain itu Zamzamzairani memberitahu pihaknya turut membawa beberapa legenda bola sepak United ke negara ini bagi memberi latihan kepada para pemain skuad kebangsaan..Pada April 2008 dua pemain kebangsaan Baddrol Bakhtiar dan Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu bersama Chelsea iaitu dua kali sesi bersama skuad senior manakala selebihnya bersama skuad simpanan kelab itu..
hafizmd says:
Oct 14, 2011
gandingan safee sali dan ramli…mmg terbaik!
p/s-aku yakin, ada pemain Malaysia yg akan ke epl nanti…tunggu!
MR.Z says:
Nov 8, 2011
insyaallah, pemain M’sia kena cuba usaha dengan lebih gigih lagi.