Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini alhamdulillah saya berkesempatan untuk bersama dengan Ustaz Azhar Idrus dalam sesi foto outing di Pulau Pangkor, Perak.  Terasa bertuah apabila dapat bersama ulama berkongsi hobi yang digemari. Memang meriah sesi foto outing yang dijalankan. Ramai orang terutama anak muda turut sama menyertai sesi foto outing ini untuk tidak melepaskan peluang bersama Ustaz Azhar ini.  Di sini terdapat sedikit gambar suasana sepanjang sesi foto outing dijalankan di sana.

Inilah di antara serba sedikit gambar suasana sepanjang sesi fotografi di Pulau Pangkor. Selain dari menyertai aktiviti ini, dapat juga sedikit ilmu bermanfaat berkaitan fotografi yang dikongsi bersama dengan rakan-rakan di sana. Jika anda berminat untuk menyertai sesi fotografi bersama ustaz, anda perlulah mengenalpasti tempat terlebih dahulu. Selalunya Ustaz Azhar Idrus akan membuat photo outing berdekatan di tempat beliau akan beri kuliah. Jika pada waktu tersebut, beliau membuat kuliah Maghrib di Seri Manjung dan juga turut bersama menjayakan Konsert Kabilah Seni di Marina Island, Lumut, Perak.

Diharapkan dapat bersama-sama lagi menyertai foto outing bersama UAI pada masa akan datang. InshaAllah. Foto hasil dari outing ini akan diupload pada artikel akan datang. Jika anda orang Perak lebih-lebih lagi orang Manjung yang meminati fotografi, bolehlah menghubungi saya untuk tambah kenalan serta boleh kita bersama-sama menambah ilmu fotografi lagi. Memang seronok apabila ada sesi group outing seperti begini. By the way, saya berbaju hitam Canon user. ;)

 Foto Outing Ustaz Azhar Idrus di Pulau Pangkor, Perak 2012

“Alangkah indah diri dapat berdamping dengan para ulama sentiasa. Meneguk rasa manis bersama Allah setiap saat.”
(Ibnu Mubarak)






Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara

Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini