Pada masa kini, lambakan model-model telefon pintar di kedai-kedai dan pasaraya sudah tidak asing lagi. Syarikat-syarikat pengeluar telefon telah banyak mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar dengan pelbagai fungsi yang menarik untuk dinikmati oleh pengguna. Antara jenama-jenama yang tidak asing lagi adalah seperti Apple, HTC, Samsung, Sony Ericcson, dan Nokia. Maka terpulanglah kepada pengguna untuk menilai dan membuat pilihan dalam membeli telefon pintar yang sesuai dengan kehendak dan citarasa pengguna. Disebabkan terdapat pelbagai teknologi baru yang diterapkan di dalam telefon pintar, maka saingan dalam pasaran amat sengit sehinggakan ada syarikat yang kerap mengeluarkan model-model baru. Ini menyebabkan ada sesetengah pengguna agak keliru dalam membuat perbandingan dari segi harga, fungsi yang ditawarkan dan perbandingan dengan model-model atau jenama yang lain.
Bila sudah beli sesuatu model telefon, maka mungkin ada di kalangan rakan anda yang membuat perbandingan dan tanggapan yang berbeza pada diri anda. haha. Ada yang kata “jenama ini lagi elok la, jenama itu banyak fungsi la” dan ada juga tanggapan-tanggapan lain seperti “jika beli sesuatu jenama ini, dianggap orang kaya, atau pun geek?” Mana tahu kan? haha. Mari kita lihat antara persepsi pengguna telefon pintar terhadap satu sama lain.
Kelakar bukan? haha. Masing-masing ada tanggapan mereka sendiri terhadap pengguna telefon pintar yang lain. Ops! Nokia tiada pula dalam senarai perbandingan. Kenapa ya? Mungkinkah Nokia sedang mengalami zaman kejatuhan mereka? Mungkin ya, mungkin tidak, walaubagaimanapun sama-sama kita lihat perkembangan teknologi telefon pintar pada masa akan datang.
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini


32 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
anif says:
Sep 23, 2011
anif recently posted..Pentingnya Bersikap Berkecuali Dalam Menjana Idea
MR.Z says:
Sep 23, 2011
itu antara salah satu persepsi yang kerap dikatakan kepada pengguna smartphone
Hadi Rofiee says:
Sep 23, 2011
IPhone vs Blackberry vs Android..

Hadi Rofiee recently posted..Mengapa Yahudi Bijak?
MR.Z says:
Sep 23, 2011
Itu antara yang famous sekarang.. Nokia tiada pula kan..
bEe says:
Sep 23, 2011
Hehehe
Mcm2
bEe pun pengguna smartphone
MR.Z says:
Sep 23, 2011
smartphone apa ye? hehe
EddyGeek says:
Sep 23, 2011
Sedih bila tgk orang yang xckup “smart” pakai smartphone. haha~
Nokia petaruhkan Meego. kita tengok hasilnya nanti.
EddyGeek recently posted..#Aplikasi Sorok Fail Dalam Imej Format JPG Dengan Camouflage
MR.Z says:
Sep 23, 2011
ada di kalangan user smartphone tak utilize sepenuhnya fungsi pada phone tersebut..kebanyakan smartphone masa kini memerlukan sambungan internet untuk menggunakan sesuatu fungsi pada phone itu. jadi rasa ianya agak pembaziran di situ..
Pacifista says:
Sep 23, 2011
haha…lawak la yang dinosaur tu.begitu rendah taraf BB di mata android.hehe :p
Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista
MR.Z says:
Sep 23, 2011
mungkin zaman sekarang ni skrin kecil sudah tidak relevan lagi disebabkan banyak android phone sekarang skrinnya besar2..
titan says:
Sep 23, 2011
aku etap dengan sony ericcon aku tu. dah lebih 4 tahun pakai. Masih ok lagi. Banyak jasa handset tu. Belum lagi terniat nak tukar. Melainkan kalau dah rosak. Huhu..
titan recently posted..Buffered Earning yang ke 22 dari Nuffnang
MR.Z says:
Sep 24, 2011
kadang2 orang yang tukar hp ni bukan mengikut keperluan tetapi trend.. tapi duit mereka kan.. hehe
woot woot says:
Sep 24, 2011
wahahhaha siot apple user anggap android budak nerd.zz.haha
woot woot recently posted..Hidup Bukan Untuk Menghukum
MR.Z says:
Sep 25, 2011
maybe sebab ada di kalangan mereka rasakan guna android terlalu teknikal..
woot woot says:
Sep 25, 2011
..hehe..aku rase apple lagi sot sot
eh bro tanye skit..yang nav bar kaler oren atas ni kan,plugin ape eh ?
woot woot recently posted..Blog Commenting – Seni Traffik Yang ‘Lambat’ Tapi Berbaloi
MR.Z says:
Sep 25, 2011
plugin tu namanya Attention Bar, mirip kepada Hello Bar..
afzai.nizam says:
Sep 24, 2011
sekarang ni ramai yang tengah demam smart phone cuma aku ajer yang agak ketinggalan jauh masih guna 3310 lagi … namun benda canggih bukan nak menyusahkan malah kalau tau gunanya macam-macam kita boleh gunakan segala aplikasi smart phone ni
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta
MR.Z says:
Sep 25, 2011
jika phone yang ada sekarang sudah memadai, rasanya tidak perlulah kita upgrade. lagi2 jika masih elok. melainkanlah jika kita perlukan sesuatu fungsi yang tiada pada phone yang digunakan sekarang..
akubiomed says:
Sep 25, 2011
Saya tidak nampak perbezaan ketara antara Smartphone cuma perbezaan hardware dan kosmetik kerana asas sesebuah telefon semuanya sudah ada.
akubiomed recently posted..Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas
MR.Z says:
Sep 25, 2011
betul kata bro, secara basic nya, ianya tetap sebuah phone yang boleh menghantar mesej dan menelefon. kalau advance sikit, boleh buat video call. cuma bezanya dari segi hardware dan kosmetik serta performance..
wazy says:
Sep 25, 2011
Smartphone ni memang best,terpulang la kepada kita macam mana nak gunanya nanti
wazy recently posted..Tutorial Install WordPress Menggunakan Softaculous
MR.Z says:
Sep 25, 2011
bagi yang menggunakan dengan sepenuhnya fungsi yang ditawarkan, memang best..
Jawatan Kosong Terkini says:
Sep 25, 2011
Macam ni persepsi aku :
Android : untuk anak muda
Iphone : untuk orang punya duit lebih dari yang punya android smartphone.
Blackberry : untuk business person yang nak cek email tiap second wkwkwk…
Jawatan Kosong Terkini recently posted..Sarawak Energy Corporate Secretary Vacancy 2011
MR.Z says:
Sep 25, 2011
persepsi itu memang selalu dilontarkan oleh pengguna lain. blackberry juga ada orang kata kaki sosial.. sejauh mana kebenarannya, tidak tahu la..
Amirez says:
Sep 26, 2011
tengah tunggu smartphone Nokia 700…apa pandangan awal umum agaknya…
Amirez recently posted..Misteri Danau Tok Uban dan Kisah Bukit Panau
MR.Z says:
Sep 26, 2011
ada orang berpendapat nokia model terbaru itu antara yang slim dan agak kecil juga la.. guna symbian belle..
Izwan says:
Sep 26, 2011
sejak pertama kali guna SE terus tak minat Nokia.. sekarang terfikir untuk membeli sebuah smartphone.. Samsung rasanya banyak pakej yang mampu milik..
Izwan recently posted..Tip Mengekalkan Trafik Konsisten Di Blog
MR.Z says:
Sep 30, 2011
memang banyak, samsung sekarang ini kerap mengeluarkan model-model baru, terpulang pada pengguna untuk memilih mana yang berkenan
nizamghazi says:
Sep 27, 2011
heee style perbandingan ni.
apa2 pun setiap mobile/os ada kelebihan dan kekurangan
yg pengguna yg gunakan je yg tahu. Setakat ni hanya pernah cuba
android dan iphone je. BB belum pernah lagi beli
MR.Z says:
Sep 30, 2011
ya, setiap dari mobile/os ada pron dan cons nya.. BB saya lihat lebih kepada sekiranya anda memerlukan talian internet sepanjang masa, sesuai untuk peniaga yang sentiasa ingin berinteraksi dengan pelanggan, tidak kurang juga pada kaki sosial.
Khidhir says:
Sep 30, 2011
haha.. kreatif.
Khidhir recently posted..Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86
puanbee says:
Oct 1, 2011
saya pakai fon biasa je hukss…
puanbee recently posted..( Gambar ) Perkahwinan Nabil Dan Nazirah Ayub Comel~