Kepada peminat permainan komputer, anda mungkin sudah familiar dengan permainan DotA (Defence of the Ancient), iaitu sejenis permainan komputer genre real-time strategi yang amat menarik dan popular di seluruh dunia. DotA terhasil daripada permainan Warcraft III. Pada 13 Oktober tahun lepas,  Valve Corporation mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan permainan sekuel DotA iaitu DotA 2. Permainan yang dijangkakan akan dilancarkan pada tahun hadapan ini masih di dalam pembangunan. Walaubagaimanapun, kini terdapat beberapa gambar “sneak-peak” permainan tersebut! Sama-sama kita lihat!

Sila klik gambar di bawah untuk paparan lebih jelas.

 

Antara penambahan yang dijangkakan pada DotA 2 ini adalah seperti adanya mode tutorial bagi pemain yang baru berjinak dengan permainan ini dan paparan secara jelas bar “mana” dan nyawa pemain. Itu sahaja yang dapat kita lihat buat masa ini. Semoga lebih banyak informasi dapat dilihat mengenai permainan baru ini pada masa akan datang! Pemain DotA pastinya tidak sabar menantikan sekuel permainan ini! :w00t:

Sumber gambar : dota2-blog.com & dota2.cn






Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara

Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini