Pulau Kentut Kechil dan Pulau Kentut Besar?
Baru-baru ini, alhamdulillah saya berkesempatan bersama rakan-rakan kolej saya pergi meluangkan masa bercuti di Pulau Langkawi. Perancangan telah dibuat agak lama juga dan akhirnya menjadi juga percutian yang dirancang pada cuti semester ini. Di Malaysia, Pulau Langkawi adalah di antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk datang melawat tempat-tempat menarik di samping dapat melihat pelbagai tempat bersejarah di sana.
Kami bertiga bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Antara perkara yang perlu dirancang sebelum ke sana tidak lain tidak bukan adalah kos perbelanjaan di sana termasuklah sewa penginapan yang terpaksa dilakukan sebelum ke sana. Jadi kepada anda yang ingin bercuti tidak kira di mana-mana saja, lebih baik anda membuat perancangan rapi terlebih dahulu.
![]()
Kami bertolak dari jeti Kuala Kedah untuk sampai ke Pulau Langkawi. Perjalanan menaiki feri ke jeti Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Agak lama juga berada di atas feri itu, kadangkala rasa pening juga berada dalam feri apabila laut berombak dan cuaca kurang menyenangkan. hehe. Harga tiket dari Kuala Kedah ke jeti Pulau Langkawi adalah bernilai RM23. Jadi kos pergi balik menaiki feri adalah sebanyak RM46. Dah dekat RM50 dah habis di situ saja. Akhirnya setelah hampir 2 jam berada di dalam feri, kami pun akhirnya tiba ke Pulau Langkawi yang bersejarah ini. Teruja rasanya apabila menjejakkan kaki ke pulau itu disebabkan baru kali pertama menjejakkan kaki ke sana.
Papan tanda menyambut kedatangan pelancong berhampiran jeti Pulau Langkawi
Setelah sampai ke jeti, kami bergerak menuju ke tempat tiket feri. Di kawasan itu jugalah, ada tersedia perkhidmatan menyewa kenderaan untuk bergerak di dalam pulau ini. Kami menyewa kereta disebabkan kami tidak membawa kereta kami dari jeti Kuala Kedah ke sini. Nak duduk dalam 3 hari 2 malam saja. Jika berada di Langkawi lebih dari 1 bulan itu,boleh difikirkan lagi la nak bawa kereta ke mari. Kami mendapat kereta Iswara dengan kadar harga yang agak berpatutan iaitu RM100 selama 3 hari. Mana nak cari di kawasan semenanjung semurah itu! haha. Kadar sewa kereta dianggarkan boleh dapat di antara RM80 dan ke atas. Selepas itu, tanpa membuang masa, kami terus bergerak menuju ke tempat penginapan yang berada betul-betul di dalam Pekan Kuah. Kami menghabiskan masa selama 2 hari melawat tempat yang menarik di pulau ini.
Pulau Langkawi
Antara tempat menarik yang anda patut dilawati adalah seperti Makam Mahsuri, Pantai Cenang, Bird Paradise, Oriental Village, Pekan Kuah, Telaga 7, Tanjung Rhu, Tasik Dayang Bunting, Galeria Perdana, Underwater World, Dataran Lang, Laman Padi, Kompleks Budaya Kraf dan macam-macam lagi. Di bawah ini ada disertakan beberapa gambar kami di sana sebagai tatapan untuk para pembaca.
Dataran Lang
Tugu Burung Helang
Pantai Cenang
Taman Lagenda
Periuk seakan tembikar yang besar!
Underwater World – Kawasan Penguin
Pengguin yang kacak
Suasana di dalam Underwater World
Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh mencuba snorkeling, menyelam, hiking dan lain-lain lagi. Terdapat juga pakej Island hopping disediakan bagi sesiapa yang ingin melawat pulau-pulau berhampiran Pulau Langkawi. Selain itu, anda juga boleh mencuba menaiki kereta kabel di Oriental Village dengan kadar bayaran tiket RM30 bagi dewasa.
Oriental Village
Landskap dan suasana di dalam Oriental Village
Kereta Kabel
Sesi beramah mesra bersama rusa
Di Pekan Kuah, terdapat pelbagai barang yang dijual. Antara kedai yang popular dan banyak cawangannya yang saya lihat adalah Haji Ismail Group. Di situ, banyak terjual kain batik, pakaian, barang-barang dapur dan coklat. Bagi penggemar coklat seperti saya, memang rambang mata la nak pilih, memang banyak coklat import yang dijual dengan harga berpatutan disebabkan bebas cukai di sana. Kalau ikutkan hati, memang nak borong je semua. hehe. Ada banyak kedai yang membuat promosi di mana diskaun akan diberikan sekiranya anda membeli coklat dalam kuantiti yang agak banyak.
Coklat Daim antara coklat yang terkenal di Pulau Langkawi, mesti beli! RM14.80 satu.
Kami hanya berkesempatan melawat beberapa tempat sahaja disebabkan kekangan waktu dan juga faktor cuaca yang tidak menentu dengan hujan di waktu petang. Jadi, sekiranya anda memikirkan tempat menarik untuk dilawati dan untuk bercuti, Pulau Langkawi adalah di antara tempat yang menarik sebagai destinasi percutian pilihan anda!
p/s ~ Jika ingin meletakkan semua gambar memang banyak jadi di dalam artikel ini, hanya beberapa gambar yang dipaparkan untuk tatapan anda.
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 31 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini

















60 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
EddyGeek says:
Oct 9, 2011
best cuti ye Mr.Z, xnk share ke coklat daim tu. nyamx2.

penguin tu kacak! favorite aku tu.. ~ xsangka lak ada peguin, nak kena g jugak ni.
EddyGeek recently posted..Muat Turun Fail Dari Laman Perkongsian Popular Dengan MiPony
MR.Z says:
Oct 9, 2011
nak coklat datang la rumah. haha.. penguin tu rare. pernah nampak dalam movie apa tak ingat dah..
emily says:
Oct 9, 2011
very nice!i’m so excited read it! too many places and i’m getting there soon ^_^ ………..
MR.Z says:
Oct 9, 2011
yeah, there are many interesting place at there. sure u love and enjoy it!
akubiomed says:
Oct 9, 2011
Ada pergi Langkawi awal tahun tempoh hari tapi tidak sempat berjalan kerana ada mesyuarat yang dibuat di sana. Cuma sempat beli cokelat yang bebas cukai
akubiomed recently posted..Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanak
MR.Z says:
Oct 9, 2011
sayang juga ya tak dapat melawat langkawi sepenuhnya. sekurang-kurangnya dapat juga bro beli coklat untuk dibawa balik ke rumha
dnoBiz says:
Oct 10, 2011
aku kenal coklat daim ni pun melalui post bro hari tu heheheh
dnoBiz recently posted..Tak boleh rupanya – Mengada-ngada rakam operasi
Pacifista says:
Oct 9, 2011
aku baru je nak merancang bawak anak bini ke langkawi sempena ulang tahun perkahwinan ni.tu pun masa cuti sekolah je nanti

Pacifista recently posted..Selamat Ulang Tahun Perkahwinan, Pacifista
MR.Z says:
Oct 9, 2011
bagus juga tu, mesti mereka pun seronok.. kat sana memang banyak tempat menarik..
syahrilhafiz says:
Oct 9, 2011
yeah, coklat daim my favourite..haha
lagi satu, kenapa tak shoot gambar tux kepala orang tu..haha
MR.Z says:
Oct 9, 2011
memang sedap pun coklat daim tu, ada gambar tux tu, cuma tak dimasukkan.. memang kelakar juga la, letak kepaLa kita kat lubang kepala tux tu
W.R says:
Oct 9, 2011
lama tak smpi langkawi last aku smpi 10thn lepas

W.R recently posted..Botak kepala, apa tandanya??
suri says:
Oct 10, 2011
alah asal lama nau..skrg pasti dh byk yg berubah kan..kan heeee
suri recently posted..Sayang Bertutup Itu Tetap Indah
W.R says:
Oct 11, 2011
ala zaman beljar dulu …bila dah posting KL dah jarang ke sana…:)
W.R recently posted..Apabila Mike Tyson mengerjakan Haji ……
MR.Z says:
Oct 11, 2011
lama juga la sampai 10 tahun… ada rezeki nanti bro boleh la pergi lagi
WR says:
Oct 12, 2011
memang akan smpi jua nanti insyallah..:)
nizamghazi says:
Oct 9, 2011
Seronok baca perngalaman ke sana.


Yep, di sana memang sangat seronok kalau bercuti.
Last pergi awal tahun lepas.
Apa2 pun gambar yg diambil mmg jelas dan cantik.
Model pun jambu
Wuaa.. nak coklat ..
nizamghazi recently posted..Mimpi Yang Insaf 071011
MR.Z says:
Oct 11, 2011
model yang mana antara 3 yang jambu tu? haha..
Lizz says:
Oct 9, 2011
erk. terkesima tengok gambar2 sebab cantik!!! siapa yang jadi photographer??hehehehe. sangat aummm gambar semua
last pergi Langkawi last year. seronok!
Lizz recently posted..Download Drama Stanza Cinta Full Episode
MR.Z says:
Oct 11, 2011
kalau tak admin, kawan la terpaksa tolong tangkap gambar.. memang best pun pergi sana.. hehe.
Bumilangkawi says:
Oct 10, 2011
Ade lgik tempat2 yg ptut dilawati..kalo nk amik gmbr cntik pi Tg Rhu..mmg marvelous..
MR.Z says:
Oct 11, 2011
tanjung rhu tak sempat pergi pula. sayang pun ada… dengar macam menarik juga tempat tu..
zulkbo says:
Oct 10, 2011
salam..
wahh..seronok berjalan di sana
ermm..saya lama tak ke sana..mesti
banyak perubahan yang tidak saya
jangka jika ke sana lagi.
zulkbo recently posted..Wanita : Lain Di Mulut Tapi Lain Di Hati
MR.Z says:
Oct 11, 2011
wassalam..
mungkin la banyak perubahan, saya pun baru pertama kali ke sana..
suri says:
Oct 10, 2011
uh bestnya..dah tu sewa hotel/chale saru mlm brapa?
suri recently posted..Tiang Pompeii _Kota Maksiat Part III
MR.Z says:
Oct 11, 2011
sewa hotel budget je tapi memang selesa la. RM120 dua malam..
suri says:
Oct 10, 2011
suri teringin nak pi makan mahsuri hee…klu dpt tgok potret dia dari jarak dekat kan bagus hee…rasanya cam dapat jumpa dia depan mata jer heeee..
mahsuri secantik nama dan orgnya heeee
MR.Z says:
Oct 11, 2011
tak ingat dah berapa fees kena time nak masuk makam tu, tapi memang itu antara tarikan pulau langkawi
dnoBiz says:
Oct 10, 2011
aku pun heran… asal langkawi je mesti coklat Daim.., asal Daim je mesti langkawi..
dnoBiz recently posted..Bajet 2012 – Cadangan naik gaji Ahli Parlimen ditarik balik
MR.Z says:
Oct 11, 2011
susah nak jumpa coklat daim kat semenanjung ni melainkan di langkawi. memang banyak..
Nadri says:
Oct 10, 2011
coklat mmg oleh-oleh wajib beli klu ke langkawi…bt kaum hawa, tak sah kalau tak membeli-belai di Idaman Suri…
Nadri recently posted..Kedai Makan Rahmat – Siakap Deep Fried
MR.Z says:
Oct 11, 2011
idaman suri? kat mana tu ya?
nurmisnan says:
Oct 10, 2011
Z.. lama sudah tak ke Langakawi.. rasanya last jejak kaki
since 2001.. ohhhh… best. seronok giler.. itu coklat free duty ka?
posto posto… hik3…
nurmisnan recently posted..Air 7 kolah masjid penawar resdung
MR.Z says:
Oct 11, 2011
aah, coklat import memang banyak bebas cukai. posto? adeh, kena buat bisnes la lepas ni.. haha
azli.afzainizam says:
Oct 11, 2011
ooohhhh beberapa taun lepas aku pernah gi sana…. so family aku borong sakan kat idaman suri…. balik nasib baik tak kena tax kastam
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa
MR.Z says:
Oct 11, 2011
wah, famous juga ya tempat bernama idaman suri tu. sy pun tak cam sangat nama tempat..
mancai says:
Oct 11, 2011
wow best tu bercuti… lama tak meneroka kat sana ni macam kena bookmark trip untuk kesana ni…
MR.Z says:
Oct 11, 2011
antara destinasi pilihan di Malaysia ni
Juan says:
Oct 11, 2011
aku x pernah pi lagi
Mekar says:
Oct 11, 2011
Gambar kamu cantik2 la. Mr suami kerja kat langkawi. jadi sya memang selalu “berenang” ke sana. Langkawi memang best sebab udaranya segar. cuma kalu musim panas, ia boleh membuatkan kita demam.
pst: betul ke sewa iswara tu RM 100 utk 3 hari !!?? Kat syarikat mana tu
Mekar recently posted..Aktiviti Berkelah Di Hutan Lipur sekitar Langkawi
MR.Z says:
Oct 14, 2011
masa pergi hari itu, cuaca pada waktu petang selalu hujan.
p/s : betul, RM100 3 hari.. kurang ingat dah nama company tu.. tapi tak silap saya, depan nama company tu RZ..
kopisoda says:
Oct 12, 2011
Insya’allah. Ada rezeki hujung tahun nak juga bercuti kesana
MR.Z says:
Oct 14, 2011
tempat menarik untuk bercuti
anif says:
Oct 12, 2011
Nampak macam banyak yang dah berubah… Lebih cantik!

Kali terakhir ke sana tahun 2003..
anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #13
MR.Z says:
Oct 14, 2011
tahun 2003? lama juga la tu.. hehe
woot woot says:
Oct 12, 2011
woahh lame tak pergi langkawi..haha…
woot woot recently posted..Berapa Banyak Plugin Yang Anda Perlukan Untuk Sesebuah Blog
adele says:
Oct 13, 2011
sy suka coklat Daim…sedapnya…dah lama tak makan!!! seronok kan jalan2 ngn kawan..harap2 stu hr nnt bolehlah berjalan mcm ni..:)
MR.Z says:
Oct 14, 2011
memang seronok juga la.. insyaallah ada rezeki, anda boleh ke sana juga
fiezaradzi says:
Oct 13, 2011
penah pergi tahun lepas..mmg menarik.. tapi pergi dari kuala perlis, so murah sikit tambang feri, dlm 16 ke 18.. gitu la..
kereta kabel, mmg best.. lagi satu best tasik dyg bunting.. cantik tul.. mmg cantik la..time pergi lak, cuaca best je.. so, menarik..
tak sempat ke aquarium besar tu tgk peguin yg hensem.. tgk kt sini pun oklah.. satu lagi kalau mak2 pegi, suka sgt ke idaman suri kot.. entahlah.. tapi beli coklat mmg best..
kalu bleh teringin nak pergi lagi, cuma kena budget besar sikit sbb byk kena bayar..
MR.Z says:
Oct 14, 2011
murah la tu, dari kuala kedah RM23 pergi sahaja.. kereta kabel tak dapat nak naik masa tu disebabkan cuaca tidak berapa baik. sayang juga la tak dapat naik… selalu orang pergi langkawi ada yang nak beli belah je kat sana, tu budget kena besar..
adamfaiz says:
Oct 13, 2011
Lama jugak tak ke Langkawi. bawak family sure best
adamfaiz recently posted..Bacalah Doa Dulu….
afzai.nizam says:
Oct 13, 2011
sebenarnyer rasanyer bercuti kat langkawi ni bujet murah sewa kereta paling murah tak kena bayar paking … tempat banyak menarik boleh pegi… hotel banyak yg murah…
tu yang menarik … kat tanah besar pun tak ada macam kat langkawi
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta
MR.Z says:
Oct 14, 2011
hotel banyak harga boleh dapat, pasal parking tu ada sesetengah tempat kena bayar juga..
hafizmd says:
Oct 14, 2011
1. Memang menarik p Langkawi..lebih2 lagi dgn adanya kamera yg dpt snap gamabr2 cantek cam kat atas tu…cantekkk!
2. Gambar kat jambtan gantung ade tak?
3. Aku tak rasa penguin tu kacak sbb 2 org yg bawah tu lagi kacak!
MR.Z says:
Oct 14, 2011
kamera cikai-cikai je bro.. kat jambatan gantung? kat mana ya. macam tiada je..
yang 2 orang di bawah itu sekadar hiasa saja.. haha
titan says:
Oct 15, 2011
pehh, lama aku tak gi langkawi nih..
titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan CPM.biz
AyieBlog says:
Oct 19, 2011
Assalamualaikum, wah best deme gie jalan-jalan
… road to langkawi.. hehehehe
malik says:
Nov 7, 2011
salam abang…
sbenarnya saya dengan kawan2 saya rancang nak p langkawi lepas habis skolah nie…
saya nak tanya abang…bapa ah kos nak p n bercuti at sana cam abg nie..??? perjalanan dan penginapan saja…
yang lain ada orang tolong uruskan untuk kami…
kami na taw yang tu saja..untuk 3hari 2mlm..
MR.Z says:
Nov 8, 2011
waalaikumussalam..
saya rasa dalam RM350 sudah mencukupi tetapi tidak termasuklah barangan yang ingin dibeli disana kelak
Mizz L says:
Nov 21, 2011
salam… nak tnya mana nak dpt sewa kereta dgn harga semurah yg abg dpt 2?ada x cntact no ke…;)