Setelah agak lama menyepi, alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan untuk kembali berblogging. Agaknya hampir sebulan rasanya tidak mengemaskini blog ini disebabkan kekangan masa. Untuk pengetahuan pembaca, antara sebab saya tidak dapat mengemaskini blog ini disebabkan dalam masa 2 minggu yang lepas, saya sedang menghadapi peperiksaan akhir di universiti. hehe. Itulah antara sebab saya tak sempat nak update, cerita itu ada tapi dah sebab terlalu sibuk nak mentelaah buku dan nota-nota yang berlambak membuatkan saya hanya mampu melihat blog ini terbiar saja. Setelah habis final exam yang baru berlalu, barulah rasa lega dan sekarang ini, saya dapatlah berehat secukupnya pada cuti semester selama 4 bulan ini. Agak lama rasanya itu. Itulah yang agak pelik di situ, budak universiti lain sudah mula memasuki semester baru, saya pula baru nak cuti semester. Tak tahu nak plan buat apa time cuti ini.
Di kesempatan ini, rasanya sempat lagi saya mengucapkan selamat belajar kepada sesiapa yang memasuki universiti pada kemasukan sesi September ini. Belajar rajin-rajin ye, ingatlah orang tersayang. hehe. Apa-apa pun, saya akan kembali mengemaskini blog ini seperti biasa. Terima kasih tidak terhingga kepada pembaca yang sudi berkunjung ke blog ini.
P/S : dapat juga pasang streamyx hari ini selepas 3 hari permohonan.
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini


19 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
EddyGeek says:
Sep 21, 2011
lepas ni tambah rancak la Mr.Z dlm dunia blogging ni. selamat kembali

EddyGeek recently posted..#Infografik 20 Tahun Evolusi Ancaman Malware
MR.Z says:
Sep 22, 2011
haha.. tak la rancak mana pun.. by the way thanks kawan..
zulkbo says:
Sep 22, 2011
salam..
semoga sihat hendaknya
anda di sana..selamat
kembali ke dunia blogging
zulkbo recently posted..Isu M. Manoharan Dan Jalur Gemilang : Beliau Tidak Sensitif Langsung
MR.Z says:
Sep 22, 2011
wassalam..
terima kasih.. semoga bro sihat juga hendaknya..
Pacifista says:
Sep 22, 2011
wah,dah cukup rehat dah ni.boleh la mula berblog semula

Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista
MR.Z says:
Sep 22, 2011
alhamdulillah, ada juga masa terluang, boleh la mula berblog kembali.. hehe
Nadri says:
Sep 22, 2011
kawan pun dah lama tak update blog..rasanya sejak blm ramadhan..sbbnya, kekangan masa + malas…apapun, pelajaran harus diutamakan…
Nadri recently posted..Tutti Frutti Yogurt Kini Di Bandar Baru UDA
MR.Z says:
Sep 22, 2011
ramai juga blogger time bulan ramadhan lepas, kegiatan blogging agak slow sedikit…
nurmisnan says:
Sep 23, 2011
ohhhhh… patut ler menyepi.. Skrg dah free panjang
apa plan?? Bisnes online? Mcm2 blh buat brother
Gd luck..
nurmisnan recently posted..Kulit kentang kaya dengan vitamin dan serat
MR.Z says:
Sep 23, 2011
Masih berfikir lagi apa nak buat cuti ini.. hehe
bEe says:
Sep 23, 2011
Selamat berblogging semula & BW hehe
MR.Z says:
Sep 23, 2011
thanks BEE
afzai.nizam says:
Sep 24, 2011
aku juga dah lama tak menyinggah kat sini…. mudahan kamu dapat memberikan input liputan lebih meluas lagi harap mudahan terus menerus yerr
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta
MR.Z says:
Sep 25, 2011
terima kasih ye. akan cuba mengemaskini blog dengan lebih kerap selepas ini.
akubiomed says:
Sep 25, 2011
Selamat kembali menulis blog bukan senang selepas offline buat beberapa ketika kemudian mahu menulis balik tentu perlu ambil masa
MR.Z says:
Sep 25, 2011
terima kasih bro. rasa janggal setelah lama meninggalkan dunia blogging. terkial-kial nak menulis artikel baru di blog ini..
Jawatan Kosong Terkini says:
Sep 25, 2011
Ayo bro.. teruskan menulis kembali.. kalau ada waktu luang la..
Jawatan Kosong Terkini recently posted..Mansa Pharma Product Specialist Vacancy 2011
MR.Z says:
Sep 25, 2011
sekarang tengah ada masa terluang, bolehlah menulis artikel di blog ini
Khidhir says:
Sep 30, 2011
wah. slamat bercuti. sy baru masuk sem kembali selepas bercuti 4 bulan.
Khidhir recently posted..Handphone Android Murah