Perlawanan akhir di antara pasukan tuan rumah iaitu Indonesia dan juga Malaysia telah tamat. Apa yang dapat dilihat pada perlawanan akhir ini amat sengit kerana kedua-dua pasukan sama sekali tidak mahu melepaskan gelaran juara. Jika anda menonton perlawanan akhir tersebut dapat dilihat pada separuh masa pertama, Malaysia dikejutkan dengan gol pertama dari Indonesia. Ianya amat mengejutkan bagi peminat bola sepak Malaysia kerana ianya seakan awal gawang gol Malaysia sudah dibolos dengan gol hasil tandukan dari pemain Indonesia. Namun dengan semangat kental pasukan Malaysia, akhirnya anak buah Ong Kim Swee dapat merobek gawang gol Indonesia dengan gol hasil dari tandukan pemain Malaysia sebelum berakhir separuh masa pertama. Perlawanan sengit akhirnya seri 1 sama dan membawa kepada masa tambahan. Walaupun begitu, masa tambahan selama 30 minit juga gagal memecah kebuntuan di antara kedua-dua pasukan.
Pesaingan sengit di antara kedua-dua pasukan akhirnya membawa kepada tendangan penalti yang akan menjadi ukuran kemenangan sama ada pasukan Indonesia atau Malaysia. Penantian yang dinantikan oleh seluruh penonton perlawanan akhir bola sepak sukan SEA akhirnya terjawab. Malaysia akhirnya mengalahkan Indonesia dengan 4-3 hasil jaringan penalti kedua-dua pasukan.
Pasukan Malaysia telah dinobatkan sebagai juara bola sepak pada Sukan SEA ke 26 ini. Semangat yang kental dan usaha pasukan Malaysia mengharungi cabaran dalam usaha memenangi perlawanan yang begitu berharga ini wajar dicontohi dan diharapkan sukan bola sepak Malaysia akan terus maju ke persada dunia.
Gol 1 – Gunawan (Indonesia) | Gol 1 – Asrarudin Putra Omar (Malaysia)
Malaysia 1-1 Indonesia
(Gol Penentuan Penalti)
Malaysia 4-3 Indonesia
Syabas Malaysia!
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 31 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini










31 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
anif says:
Nov 22, 2011
Alhamdulillah.. Kejayaan milik kita. Tahniah buat Pasukan Harimau Muda! Semoga kecemerlangan ini diteruskan..
anif recently posted..Malaysia Menang Pingat Emas – Bola Sepak Sukan SEA 2011
MR.Z says:
Nov 24, 2011
akhirnya kemenangan berpihak kepada kita
syahrilhafiz says:
Nov 22, 2011
yeah..tahniah malaysia, berdebar-debar aku tengok game yang sengit ni
MR.Z says:
Nov 24, 2011
mula2 gol dari indonesia sudah membuatkan hati risau dan berdebar2..
akubiomed says:
Nov 22, 2011
Tanniah kepada skuad Harimau Muda yang bermain matia-matian hingga mengheret skuad Garuda kepada sepakan penalti. Yanng penting kita menang pingat emas
akubiomed recently posted..Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia
MR.Z says:
Nov 24, 2011
alhamdulillah, terbenam juga garuda di laman sendiri..
Syaheer says:
Nov 22, 2011
Tahniah Malaysia juara Asia Tenggara! Lepas ni Asia pulak k.
MR.Z says:
Nov 24, 2011
ya, harap bola sepak Malaysia akan menjadi semakin maju…
Syaheer says:
Nov 24, 2011
Ya, semoga skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya terus maju dan membaham.
zulkbo says:
Nov 22, 2011
salam
ermm…terbaiklah..
memang membanggakan
tahniah buat semua rakyat
malaysia
zulkbo recently posted..Video Penuh Sepakan Penalti Malaysia vs Indonesia Final Sukan SEA 21-November-2011
MR.Z says:
Nov 24, 2011
memang membanggakan rakyat malaysia
kiki says:
Nov 22, 2011
Tahniaahhh.anak2 msia tlh mbuktikn yg mrk bnr2 memiliki jati dri n dsiplin yg tinggi.tnyata sgala pbuatan n kjian tuan rumah x pnh memamah smngt ksukanan anak2 mlaysia.thniah skli lg tok squad mlaysia
MR.Z says:
Nov 24, 2011
cabaran yang ditempuhi dan usaha mereka selama ini akhirnya membuahkan hasil..
cplud miera says:
Nov 22, 2011
mmg rasa hepi sangant ngn kemenangan ni. Tahniah Malaysia! Alhamdulillah
emilynayli says:
Nov 22, 2011
congrats Malaysia! Love u lah!
wan says:
Nov 22, 2011
Suami ngan anak2 cam dok stadium. jerit sakan bila menang. gegar satu rumah. Harimau Malaya terus keluarkan taringmu
Ibu Eid says:
Nov 22, 2011
Waktu Indonesia score, hati saya kata ish tak menang la diorang ni. Dan saya boleh tengok match ni tanpa rasa berdebar dan sangat yakin kejayaan pasti milik Malaysia. Jutaan tahniah dan terima kasih kepada barisan muda yang telah berjuang habis-habisan di bumi Garuda itu. Like, like, like, like, like.
MR.Z says:
Nov 24, 2011
semangat perjuangan mereka patut dicontohi
zackzorro says:
Nov 22, 2011
Allhamdulillah syukur kepada Allah, Tahniah buat anak Malaysia ini, kenangan manis adalah mereka berjaya dalam serba kesukaran, kesakitan dan pelbagai rintangan lagi….moga rintangan inilah hikmahnya, ayuh Malaysia teruskan kejayaan.
Juan says:
Nov 23, 2011
tahniah pada malaysia
YAYA says:
Nov 23, 2011
tahniah buat harimau muda..tahniah dengan semangat anda walaupun pelbagai cercaan.kejian dilempahkan namun anda tetap kuat dlm mempertahankan misi mmburu emas sea games di jakarta..TAHNIAH DAN TERIMA KASIH!!
gogo says:
Nov 23, 2011
alhamdulillah…syukur pada allah…hahaha…kesian indonesia…itula…lain kali jgn nk wat jahat kat org lain…ini adalah pengajaran 4 kite semua bahwa klo kite wat jahat x untung nyerr…by the way…congrats 2 malaysia…malaysia boleh >>>3
kakduyung says:
Nov 23, 2011
alhamdulilah kita berjaya akhirnya walaupun kita ditentang dengan hebatnya dari segi mental dan fizikal. Harimau Muda you are the best.
Nine says:
Nov 24, 2011
30k sorang
MR.Z says:
Nov 29, 2011
berbaloi juga habuan mereka ye
acapz says:
Nov 24, 2011
alahmdullilah mng. terbaik. pdn mke indon!. boooo. hahahhaa!
acapz recently posted..Tempahan T-Shirt Androider Kini Telah Dibuka
MR.Z says:
Nov 29, 2011
mampu meranapkan ego pihak lawan yang selalu mengutuk Malaysia..
tekateki says:
Nov 24, 2011
MALAYSIA…BBBBBOOOOOOOOOOLLEEEHHH…awal2,org,semua…org..sya..that..malaysia..will..loose..after,,indonesia..beat..vietnam..2,,nill…but..i..still..believed,,that..malaysia..will.winnn..YAHOOOOO…
zik says:
Nov 25, 2011
emas yang paling berharga buat rakyat malaysia!!! tahniah!!!
zik recently posted..Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah,1 muharam 1433H
dnoBiz says:
Nov 26, 2011
betul tu Zik bak kata rakyat Indon.. satu emas dari bolasepak lebih bernilai dari 200 emas dari acara lain
dnoBiz recently posted..Berbohong – AWAS Bila Wanita BERBOHONG
MR.Z says:
Nov 29, 2011
memang berharga dan mampu melonjakkan ranking bola sepak negara kita