Baru-baru ini, kecoh mengenai paparan video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang gadis bernama Yue Yue yang berusia 2 tahun telah dilanggar lari dan digilis sebanyak 2 kali di sebuah jalan raya di Bandar Foshan, Guangdong, China. Rata-rata penonton yang menonton video tersebut berasa marah dan mengecam tindakan orang di sana disebabkan mereka yang melalui jalan tersebut tidak cuba menolong gadis kecil tersebut.  Apa yang dapat dilihat di video tersebut, hampir 18 orang yang melalui jalan itu langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan untuk menolong gadis yang sudah tidak berdaya dan cedera teruk itu.

Jika ada di antara anda tidak menyaksikan lagi video berkenaan kejadian malang yang menimpa gadis yang berusia 2 tahun itu, anda boleh melihatnya pada paparan video di youtube dengan menaip keyword “Yue Yue”.

Yue Yue telah dikejarkan ke hospital setelah mereka mendapati keadaan kesihatannya yang teruk setelah digilis oleh kenderaan sebanyak 2 kali di jalan raya di Bandar Foshan.

Yue Yue berada dalam keadaan yang amat kritikal

Pernafasan Yue Yue amat lemah walaupun alat bantuan pernafasan telah diberikan

Doktor berkata Yue Yue mengalami kecederaan yang teruk pada otak dan dijangka akan mati tidak lama lagi disebabkan peluang anak kecil itu untuk hidup amat tipis dengan keadaannya yang kritikal sekarang.

Rentetan dari Peristiwa Malang Menimpa Gadis 2 Tahun Digilis Kenderaan di China

  1. Gadis tersebut melalui jalan raya dan dilanggar sebanyak 2 kali.
  2. Dalam masa yang sama, hampir 18 orang yang melalui jalan tersebut tidak menghulurkan bantuan sama sekali.
  3. Gadis itu terlantar kesejukan selama hampir 7 minit.
  4. Gadis yang sudah tidak berdaya itu akhirnya diselamatkan oleh seorang perempuan tua.
  5. Walaupun terdapat beberapa tindak balas terhadap anggota badan gadis tersebut, doktor mengesahkan gadis tersebut dalam keadaan koma dan dia tidak dapat bernafas dengan sendiri dan memerlukan bantuan pernafasan. Kecederaan di otak juga dilaporkan sangat serius.
  6. 2 pemandu yang melanggar gadis itu telah menyerah diri.
  7. Bapa kepada mangsa tersebut amat sedih disebabkan ada di antara 18 orang yang melalui jalan tersebut kenal bapa mangsa!
  8. Perempuan tua yang menolong mangsa itu berkata tidak mengharapkan balasan mahupun perhatian dengan niat hanya mahu menolong mangsa.

Terdapat sumber mengatakan bahawa undang-undang di negara China antaranya termasuk dalam perihal kemalangan. Sebagai contoh, antara sebab mereka tidak menolong kanak kecil itu adalah sekiranya mereka menolongnya, kos rawatan akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka. Jadi dari perspektif pemandu kenderaan ketika itu, setelah pemandu tersebut terlanggar budak itu, pemandu itu mungkin merasakan jika budak itu telah mati, dia hanya perlu membayar denda sahaja berbanding jika budak itu masih hidup, pemandu itu terpaksa menanggung kos rawatan budak itu sepanjang hidup sehingga budak itu sihat. Oleh itu, pemandu itu terus melanggar budak itu dengan harapan budak itu mati.

Tindakan yang dilakukan ke atas Yue Yue dianggap amat kejam dan amat dikecam di seluruh negara. Status mengenai keadaan Yue Yue buat masa sekarang masih tidak diketahui. Ada khabar angin mengatakan Yue Yue telah meninggal dunia tetapi Shanghaiist melaporkan anak kecil tersebut masih lagi hidup. Diharapkan keadaan Yue Yue bertambah baik.

[UPDATE] Yue Yue akhirnya telah meninggal dunia setelah koma yang agak lama dan komplikasi akibat kegagalan anggota badannya berfungsi.

Sumber : SMHDailyMailShanghaiist dan AppleDaily






Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara

Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini