Bagi anda yang tertanya-tanya atau tidak pernah melihat lagi antara keluarga terbesar di dunia, kenalkan Ziona Chana, seorang lelaki yang sudah bergelar suami. Jadi apa yang istimewanya pada lelaki yang bernama Ziona itu? Lelaki tersebut telah mempunyai sebanyak 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 orang menantu dan 33 orang cucu yang kini hidup bersama di bawah satu bumbung! Sukar untuk dipercayai bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Disebabkan kuantiti di dalam keluarga yang terlalu ramai, maka mereka terpaksa membuat jadual agihan tugas seisi keluarga. Jadual tugas itu termasuklah seperti memasak, membasuh pakaian dan lain-lain.
Hotel? Rumah tumpangan? Tidak sama sekali. Gambar tersebut merupakan rumah keluarga mereka. Di dalam rumah 4 tingkat itu, terdapat kira-kira 100 bilik didiami oleh mereka sekeluarga. Rumah Ziona juga dianggap sebagai rumah terbesar di Kampung Baktawng, Mizoram, India.
Para isteri bertungkus lumus dalam menyediakan makanan untuk keluarga mereka. Bukannya sedikit juadah yang perlu disediakan, banyak tenaga diperlukan dalam memasak dan menyediakan makanan. Sebagai contoh, juadah untuk mereka makan di waktu malam sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 30 ekor ayam untuk dimasak serta sebanyak 60kg kentang yang perlu dikupas dan disediakan. Beras pula perlu dimasak sehingga 100kg bagi mencukupi kesemua ahli keluarga mereka. Memang banyak kuantiti bahan yang diperlukan untuk memasak bagi menyediakan juadah hanya untuk makan malam!
Raut wajah mereka jelas kelihatan wajah mereka yang penuh dengan keceriaan. Engi yang dikelilingi dengan kanak-kanak ahli keluarga yang lain di kampung itu adalah anak Ziona yang paling muda berusia 5 tahun. Terdapat beberapa isterinya memberitahu antara rahsia keluarga mereka dapat bersama dengan baik adalah dengan mengutamakan aspek kesetiaan dan penghormatan. Ada juga yang berkata, datuknya sebelum ini juga berkahwin ramai dengan mengambil perempuan miskin untuk dijadikan sebagai isteri supaya dia dapat menjaganya.
Ziona berkata bahawa dia tidak akan berhenti berusaha untuk mencari isteri lain dengan matlamat untuk membesarkan lagi keluarga mereka walaupun hingga terpaksa berkahwin di US.
- Artikel ini dikeluarkan selaras dengan populasi penduduk di dunia yang sudah hampir mencecah 7 billion!
Sumber : DailyMail
Artikel berkaitan :
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini



45 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
tehr says:
Oct 22, 2011
tak tahu pulak aku ada negara yang benarkan lelaki berkahwin seramai itu
memang kagum juga dengan cara dia menguruskan keluarga yang begitu besar
tehr recently posted..Siapa Layak Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
akubiomed says:
Oct 22, 2011
Terkejut besar betul keluarganya dan mereka tinggal satu bumbung
akubiomed recently posted..Jodoh dengan Ducati Monster 795
MR.Z says:
Oct 22, 2011
memang besar keluarga mereka, lihat rumah dia pun bukan main besar lagi..
titan says:
Oct 22, 2011
peh..ni dah kalah hotel sri malaysia nih. haha..
titan recently posted..Komisen ke 10 dari Innity
MR.Z says:
Oct 23, 2011
hotel 4 tingkat ni.
anif says:
Oct 22, 2011
Teringin nak tahu Encik Ziona tu kerja apa agaknya?

anif recently posted..Samsung dan Apple – Kisah Cinta Pelik
MR.Z says:
Oct 23, 2011
pengusaha ladang rasanya, bahan-bahan masakan banyak diambil dari ladang dan hasil dari ternakan haiwan.
Muhd Suhaily says:
Oct 22, 2011
Hebat dalam rumahtangga…
Muhd Suhaily recently posted..Teknik mengoyakkan Imej
Pacifista says:
Oct 22, 2011
aku pernah baca kat surat khabar pasal ni.memang dahsyat la lelaki ni.macam tak logik pun ada…
Pacifista recently posted..Ikhlas Kerana Allah
nurmisnan says:
Oct 22, 2011
MasyaAllah… macam2 peragai manusia ada yer..
Tak cukup lg tuh nak cari lagi isteri walaupun kena pegi US
Ceria wajah anak2 mereka… Kalau dah duduk serumah beramai2
kenalah give n take..
nurmisnan recently posted..Kerana lelaki ini 1027 rakyat Palestin bebas dari penjara laknatullah
MR.Z says:
Oct 23, 2011
nak tambah ahli keluarga la katakan.. sanggup pergi ke luar negara..
derus says:
Oct 22, 2011
mcm mana dia msk tido ek..kena wat no bilik bagi setiap isteri..:)
derus recently posted..Apakah maksud papan tanda ni?
MR.Z says:
Oct 23, 2011
mungkin juga, sudah isteri ramai memerlukan daya ingatan yang kuat untuk ingat setiap isteri mahupun ahli keluarga mereka
adamfaiz says:
Oct 22, 2011
Menurut rakan konsultan dari India, di sana ada polisi supaya satu family cuma ada 2 orang anak dalam usaha mengurangkan penduduk… tapi derang tak hiraukan pun kecuali mereka yang punyai kerjaya profesional
adamfaiz recently posted..Komen Jangan Guna Otak
MR.Z says:
Oct 23, 2011
mungkin terkecuali dari golongan yang kaya? dari sumber itu tak dapat dipastikan lelaki itu kerja apa tetapi khabarnya ada banyak ladang dan haiwan ternakan.
Frantz says:
Oct 23, 2011
tak setia btol…. =.=’
aku taknak menduakan cinta bakal isteriku nanti (cheett.. spm tak lepas lagi)
Frantz recently posted..Hari-Hari Agaklah Letih Dan Jadual Memang Agak Padaat
MR.Z says:
Oct 23, 2011
dah ada calon ka?
Lizz says:
Oct 23, 2011
kagum dengan lelaki tu. tapi, rasanya niat dia baik kot. tengok muka anak2 dia seronok je.hehehehe.
Lizz recently posted..Little India, Johor Bahru Untuk 2011 Deepavali
MR.Z says:
Oct 23, 2011
ya, nampak anak mereka ceria belaka
zik says:
Oct 23, 2011
superb energy dia… erkk… anak pun ramai.. kalau aku pening kepala nak manage anak, ramai2 nih.. kahwin pun belum…
zik recently posted..Pasukan yang mara ke final piala malaysia 2011, Tahniah!
MR.Z says:
Oct 23, 2011
memang ramai, superb energy? pakai jamu kut? hehe
acapz says:
Oct 23, 2011
haha. gle xgle. klu aku smput nk jge ni. adoi la. gans2

acapz recently posted..mostSMS Program Version 2 Sedia Untuk Dimuat Turun
Adila says:
Oct 23, 2011
erk!
Antara nak kagum n rs mual
Ah! Family dia ka. Asalkan bini2 anak2 dia ok je, org lain nak ckp ape hohoho~
Adila recently posted..Yay~
izwannizam says:
Oct 23, 2011
speechless.mesti ada yg nak tahu rahsia dia isteri ramai keh3
izwannizam recently posted..Video Marco Simoncelli What A Tragedy
Dulu Lain Sekarang Lain says:
Oct 23, 2011
errr… boleh poligami ker org cina? adehhhh… Kalu dia mati, bagaimana hak2 isteri2 dan anak2 tu?
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Travel Photographer Of The Year 2010
MR.Z says:
Oct 23, 2011
tak tahu pula dia orang cina, sebab tempat tinggal mereka di India. tapi wajah ada iras2 orang cina. susah juga nak manage hak nanti
ciksembang says:
Oct 23, 2011
terkejut tengok rumah dia.. macam rumah flat..tapi owner sorang je..
hebat lelaki ini
ciksembang recently posted..Cara toskan kencing lelaki dan wanita
fiezaradzi says:
Oct 24, 2011
serius ramai keluarga die.. macam mana dia mantain ek? byk duit guna tu.. hebat.. tapi harap2 anak2 die tak terabai, ye lah ramai lah katakan..
agak2 die igt tak semua nama anak die? huhu
fiezaradzi recently posted..Lima Perkara Pelik Berlaku
MR.Z says:
Oct 26, 2011
memang banyak cabaran lagi-lagi nak berlaku adil pada semua, itu yang penting
juanita says:
Oct 24, 2011
aduhhhhhhh……klu camni..mmg x jumpe la cek abg nak tgu turn
suri says:
Oct 24, 2011
z dia keja apa agaknya ek? byk tol wet dia blh bagi and tagung semua heeee
MR.Z says:
Oct 26, 2011
rasanya dia pengusaha ladang, merujuk kepada sumber yang mengatakan banyak makanan yang diperolehi hasil dari ladang-ladang di sana.
suri says:
Oct 24, 2011
klu mmpu tak der hal hee..hati istri ok jer tuh heee..nak tmabh 100 agaknay blh heee
azli.afzainizam says:
Oct 25, 2011
perrrgghhhh…. keluarga yang mengagumkan…. ramai sangat tuuu…. tapi mmg tabik lah dia urus keluarga dia tu…
Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cari kereta terpakai proton perodua
Hairul Hissam says:
Oct 25, 2011
perghhh…. dasyat betul…
siap nak tambah lagi tu walaupun sampai ke US…
hari-hari masak kawah la.. tapi memang seronok…
MR.Z says:
Oct 26, 2011
memang cita-cita meninggi tu hingga ingin ke US mencari cinta
mancai says:
Oct 26, 2011
peh besarnya… hebat mampu sampai 39 orang isteri…
Khidhir says:
Oct 26, 2011
39 isteri tu… kaya betul mamat ni
Khidhir recently posted..Acid Test – Menguji Tahap Rendering Web Browser Terbaik
MEKAR says:
Oct 28, 2011
Baik dia kawin ramai drpd buat maksiat dgn ramai2 pompuan.
MEKAR recently posted..MasterChef Edisi Malaysia
AyieBlog says:
Nov 5, 2011
Assalamualaikum, wah biar betik gila kentang, ramai 2 macam mana nak manage kesemua ahli keluarga.. hahahaha, macam-macam dunia sekarang

AyieBlog recently posted..Memisahkan File Menggunakan Perisian Winrar
bEe says:
Nov 11, 2011
bEe sbnrnya terfikir bagaimanakah pembahagian harta bila zionis ni meninggal kelak (almaklumlah bEe bekerja dlm sektor pembahagian harta). Sbb kalau undang2 di Msia tiada sijil perkahwinan yg sah isteri tak dpt bahagian…
Tp Cina adalah satu negara buka komanwel sprt Indonesia, India…. Mungkin pembahagian mereka berbeza sama sekali… huhu
Hadi Rofiee says:
Nov 11, 2011
Wow.. menakjubkan.
Hadi Rofiee recently posted..Beraya Haji di Kuala Lumpur
Mata Hari says:
Dec 20, 2011
jodoh pertemuan aturan Dia…tp blh tahan ler,dia mampu membahagiakn mereka semua & mampu menanggung keperluan & kehendak setiap ahli keluarganya…perghh !!!
Mata Hari says:
Dec 20, 2011
saya mohon share artikel ni leh x??…mohon di balas utk mntk kebenarannya
..
MR.Z says:
Dec 26, 2011
sila2, boleh share artikel ini