Sejak akhir-akhir ini, lebih-lebih lagi setelah Google melancarkan secara rasmi akaun Google+ mereka , kita dapat melihat Facebook semakin berusaha untuk memajukan lagi laman web sosial mereka. Jika anda pengguna laman web sosial Facebook, anda dapat melihat perubahan yang agak besar pada halaman peribadi anda dan juga suapan berita anda. Selain itu, terdapat juga pelbagai fungsi baru yang memudahkan lagi pengguna melihat dan menerima kemaskini terkini dari rakan-rakan anda.
Timeline yang telah dibuat dan diterapkan pada profil saya.
Terdapat juga fungsi terbaru yang mungkin bakal dinikmati oleh pengguna laman web sosial ini tidak lama lagi iaitu fungsi Timeline. Apa yang saya amati, fungsi ini bertindak untuk memaparkan halaman peribadi anda dengan lebih interaktif dan menarik! Jika anda menekan Nama Anda pada akaun anda, ianya akan membawa anda ke halaman anda daripada suapan berita (feeds). Dari situlah, fungsi timeline ini akan bertindak memaparkan profil anda. Fungsi Timeline ini bertindak memaparkan status yang telah dibuat oleh anda daripada yang lama hinggalah kepada yang terbaru. Selain itu, anda boleh memasukkan gambar sebagai cover kepada halaman peribadi anda untuk tampak lebih menarik! Di samping itu, ia juga memudahkan pengguna melihat status mereka dari semasa ke semasa.
Berminat? Anda boleh mendapatkannya untuk profil akaun Facebook anda dengan mengikuti beberapa langkah mudah seperti di bawah :
Lawati laman Facebook Developer page dan klik Allow.
Klik “Create New App” butang di sebelah kanan atas. Pada tetingkap App yang baru, beri app anda “Display Name” dan “Display Name”, apa-apa nama sahaja, ia tidak penting. Klik Bersetuju dengan Platform Privasy Policy dan klik Teruskan. Anda akan memerlukan akaun Facebook disahkan jadi pastikan anda mempunyai kad kredit atau nombor telefon dalam fail.
Selepas penjelasan pengesahan CAPTCHA anda kemudiannya akan dibawa ke skrin tetapan aplikasi baru anda (jika Facebook tidak navigasi anda secara automatik, sila klik butang Edit App di sebelah kanan atas). Seterusnya, klik pada link Open Graph di lajur kiri dan tetapkan tindakan untuk aplikasi anda yang baru di panel kanan. Anda boleh memasukkan apa sahaja yang anda suka, contohnya saya menulis watch dan video. Klik “Get Started.”
Sebaik sahaja anda dipersembahkan dengan skrin di atas, anda tidak perlu membuat apa-apa, hanya navigasi ke halaman di bawah, dan pilih Save Changes. Anda mungkin perlu melakukan ini beberapa kali pada setiap halaman.

Fungsi timeline ini masih tidak sesuai dengan profil Facebook buat masa sekarang, jadi akan ada rakan-rakan anda mungkin tidak dapat melihat timeline anda kecuali sekiranya mereka juga telah menerapkan fungsi Timeline secara manual di profil akaun mereka. Walaubagaimanapun, fungsi ini akan diterapkan secara terus kepada akaun pengguna Facebook tidak lama lagi.
Credit : HowToCnet, Jason Cipriani, TechSpot.
Part-Time Blogger. Freelance Web Developer and Designer.
MR.Z has 32 post(s) on AkuPenglipurlara
Hakcipta Terpelihara © AkuPenglipurlara Web
Sebarang bentuk penyalinan atau pengubahsuaian hasil tulisan artikel di blog ini dilarang sama sekali kecuali jika diletakkan sumber atau rujukan kepada blog ini







31 komen telah diterima dari pembaca.. Apa pula komen anda?
suri says:
Sep 23, 2011
menarik..smkm masuk tgok terkejut hee..harni layab fb cam biasa je..tak tahu bila nak cuba cara cam tu sb klu bosan blh sesekli layan fb pastu smbung keje balik.nak mengadap sgt tak kot heee
MR.Z says:
Sep 23, 2011
jika tak cuba pun takpe, sebab nanti secara automatik fungsi ni akan diterapkan juga pada facebook tidak lama lagi.. hehe
EddyGeek says:
Sep 23, 2011
aku tengah buat tutorial. tiba2 da kuar post kat sini. so aku stop. haha. memang style. eh da guna hackintosh ke?
EddyGeek recently posted..#Aplikasi Sorok Fail Dalam Imej Format JPG Dengan Camouflage
MR.Z says:
Sep 23, 2011
rasanya ramai juga akan buat pasal benda ni.. hehe.. mana ada guna hackintosh lagi. nak download file gedabak besar. sekarang ni just pakai visual style je..
Pacifista says:
Sep 23, 2011
macam best je.agaknya boleh letak kat blog tak?
Pacifista recently posted..Highlight Bonus Pacifista
MR.Z says:
Sep 23, 2011
letak kat blog? maksudnya facebook fanpage blog ke?
bEe says:
Sep 23, 2011
Tak suka wajah baru FB
MR.Z says:
Sep 23, 2011
ramai juga dikalangan pengguna yang tidak suka dengan layout terbaru FB ini..
syahrilhafiz says:
Sep 23, 2011
smart gak, nanti nak try buat gak lah
MR.Z says:
Sep 23, 2011
cubalah.. benda menarik ni
akubiomed says:
Sep 23, 2011
Saya sendiri tidak ada akaun Facebook

akubiomed recently posted..Tutorial pasang butang Twitter Follower
MR.Z says:
Sep 24, 2011
ye, ramai juga yang masih tiada akaun FB. tetapi benda ini bukan wajib pun.. hehe…
zulkbo says:
Sep 24, 2011
salam..
sesuatu yang baru pasti banyak
pro dan kontra nya..saya suka
dengan time line tu..menarik
dan terkini..
zulkbo recently posted..Letih Bila Blog Meragam Lagi
MR.Z says:
Sep 24, 2011
wassalam.. yup, benda baru, ada kebaikan dan keburukan.. terpulang kepada pengguna untuk menilainya
LiFe KaMi says:
Sep 24, 2011
semakin hari semakin canggih,
kami agak lama tak buka facebook disebabkan busy yg amat,
mmg terkejut dan rasa canggal pula nak menggunakannya,
tapi mmg semakin friendly user..
LiFe KaMi recently posted..Akhirnya Masuk Perangkap
MR.Z says:
Sep 24, 2011
tidak dinafikan ada juga sesetengah pengguna merasa agak janggal dan kurang senang dengan interface dan fungsi baru facebook ini..
Dulu Lain Sekarang Lain says:
Sep 24, 2011
Oh gitew.. kawe ada baca gak psl hal ni tapi jarang bukak FB. Bukak pon tak nampak apa-apa lagi. Mahu kena update gak rupanya baru dapat profile baru. Thanks for the info… tapi kawe masih malu2 kucing nak tunjukkan muka dan maklumat diri dalam FB..
MR.Z says:
Sep 24, 2011
tak perlu update pun takpe sebab maybe mereka akan update fungsi fb secara menyeluruh tidak lama lagi.. hehe.. tak perlu la sampai nak tunjukkan sepenuhnya maklumat diri dalam FB kan.. nanti dah tak private dah
azli.afzainizam says:
Sep 24, 2011
Semakin hari semakin banyak yang facebook buat…. mungkin juga suatu yang baru pengguna belum biasa tapi lama-kelamaan ianya akan menjadi mudahh… benda ni benda menarik rasanya kita patut cuba apa yang di ketengahkan
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta
MR.Z says:
Sep 25, 2011
walaupun tidak familiar lagi dengan fungsi ini, tidak lama nanti pengguna akan terbiasa juga kan:D
titan says:
Sep 25, 2011
memang menarik. tapi kena rasa macam annoying semacam aje. haha..
titan recently posted..Update Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com
MR.Z says:
Sep 25, 2011
kalau fungsi ni tak nampak annoying lagi, tetapi fungsi ticker di sebelah kanan akaun FB memang annoying. benda itu paparkan secara detail di mana kita comment dan apa kita comment! para stalker sukalah
wazy says:
Sep 25, 2011
Ada masa nanti aku nak buat juga la
wazy recently posted..Tutorial Install WordPress Menggunakan Softaculous
MR.Z says:
Sep 25, 2011
try la, memang menarik..
Jawatan Kosong Terkini says:
Sep 25, 2011
mm tak tau pula ada feature macam ni.. boleh dicoba ni..
Jawatan Kosong Terkini recently posted..English Tutor Vacancy 2011 University of Nottingham Malaysia Campus
MR.Z says:
Sep 25, 2011
features baru ini, tidak lama lagi, mungkin fungsi ini akan diaplikasikan sepenuhnya di FB…
zik says:
Sep 26, 2011
thanks for the tutorial… aku ada buat..separuh jalan… tak jadi pulak…
zik recently posted..An Overview Of Usual Processes For Manufacturing Plastic Rapid Prototypes
MR.Z says:
Sep 26, 2011
adeh tak jadi bahagian mana bro? jika tak buat pun takpa, nanti automatik fb akan implement fungsi ini juga tidak lama lagi..
Khidhir says:
Sep 30, 2011
best2. boleh cuba bila ada kelapangan nant
Khidhir recently posted..Install Android Dalam PC Menggunakan Android-x86
MR.Z says:
Sep 30, 2011
memang menarik untuk dicuba
N says:
Oct 2, 2011
timeline sucks !! ramai plak stalk bila aku komen@ada org komen aku..dem