Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Tanpa pembaca dan pelawat blog ini, maka tidak berseri la blog ini tanpa kunjungan anda. Sedikit sebanyak mengenai blog ini, blog ini diberikan nama AkuPenglipurlara. Pada asalnya, blog ini diwujudkan pada Julai 2009 di atas platform Blogspot dari Google . Setelah hampir setahun blog ini bersandarkan kepada platform blogspot, akhirnya penulis membuat keputusan untuk membeli domain dan pangkalan data khas untuk blog ini. Pada 12 April 2010, blog ini akhirnya maju setapak kehadapan dengan mempunyai domainnya sendiri.
Blog ini diwujudkan kepada anda untuk memberi informasi berkaitan hiburan, blogging, teknologi, isu semasa serta perkongsian idea dan pendapat. Disamping itu, blog ini diharap dapat memberi informasi dan maklumat berguna kepada anda serta menjadi tempat untuk kita berkongsi pendapat dan luahan mengenai isu-isu semasa di dalam artikel blog ini.
Penulis berasal dari Perak dan selesa dipanggil dengan nama pena iaitu MR.Z atau Zack. Mempunyai kemahiran dalam membina laman web, forum dan juga membangunkan sistem. Penulis telah membangunkan beberapa buah sistem secara talian dan juga membina laman web. Antara minat penulis adalah seperti menulis blog, melayari internet, fotografi dan lain-lain lagi. Penulis kini melakukan kerja sambilan membangunkan laman web kepada pelanggan. Di samping itu, penulis masih lagi bergelar pelajar yang kini sedang melakukan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas. Harap dapat menghabiskan ijazah dengan jayanya. Amin! Sekiranya anda berniat membina laman web atau anda mempunyai sebarang soalan yang ingin dituju, anda boleh menghubungi saya di ruangan Contact atau hantarkan Email anda kepada saya.
Akhir kata dari penulis,
MR.Z,
Selamat Membaca dan Terima Kasih!


Komen Terkini